Pages

9 Soalan Lazim berkaitan rawatan bekam

Berbekam Cara Moden Lebih Selamat

Bagi yang tidak pernah berbekam sunnah pelbagai perasaan bersarang di minda. Rasa gentar mula menjelma. Jangan bimbang dan risau. Zaman sudah berubah. Kini dengan berbekam cara moden kita boleh berbekam sunnah dengan selesa dan selamat.

Kebaikan berbekam sunnah


Mungkin 9 soalan lazim berkaitan rawatan bekam ini mampu membantu anda.

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Jawapan: Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah ujian darah untuk pesakit ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Jawapan: Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru. Semua alatan bekam kami akan melaui proses STERIL selama 15min menggunakan UV STERILIZERS sebelum proses berbekam dijalankan.

3) Apakah tarikh yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Jawapan: Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17,19 dan 21hb kalendar islam dan sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah?
Jawapan: Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?
Jawapan: Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Jawapan: Kaedah bekam darah / al hijamah.

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Jawapan: Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam 3-4 bulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam sebulan sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut.


bekam moden lebih selamat dan bersih
Peralatan bekam di uv bagi membasmi kuman dan bakteria

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Jawapan: Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam untuk 1 jam berikutnya.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Jawapan: Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam. 


Pertanyaan, konsultasi dan temujanji berbekam di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath USJ Subang Jaya boleh menghubungi:

Najamuddin Mohd Nor ♥ sms/whatsApp: 019-224 9556
Ahmad Kusyairi ♥ sms/whatsApp: 016-229 6067

Proses Detox dan Buang Toksin dengan Berbekam Sunnah

Detox dan Buang Toksin

Samada kita sedar atau tidak, badan kita sebenarnya penuh dengan toksin punca segala penyakit. Setiap 120 hari, sel-sel darah merah kita akan musnah dan ia berkumpul dalam badan kita. Jika tiada usaha hendak mengeluarkannya, ia akan menjadi 'bangkai' membusuk dalam dalam kita.

kebaikan berbekam sunnah


Adakah kita tahu bahawa tubuh kita menghasilkan kira-kita 2 juta sel darah merah sesaat. Bayangkan berapa trillion zillion sel-sel darah merah anda yang mati setiap 120 hari itu. Cuba bayangkan!!

Berbekam sunnahlah  dengan kami. Proses detox dan buang toksin dengan berbekam sunnah boleh menyelesaikannya.

Kepakaran kami adalah membantu anda mengeluarkan darah-darah kotor itu melalui kaedah bekam. Kaedah ini telah terbukti mampu menyingkirkan toksin dan angin berlebihan dari dalam badan kita. Proses detox dengan berbekam sunnah boleh mengelakkan  punca pelbagai jenis penyakit seperti gout, darah tinggi, migrain, obesiti, diabetes dan banyak lagi.


kebaikan berbekam sunnah


Sabda Rasulullah SAW “Jika ada ubat yang dapat
menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat
menyembuhkannya" Hadis Riwayat Malik 


Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku
melewati sekelompok malaikat pada malam aku
di isra`kan kecuali mereka berkata,
Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”
Riwayat Ibnu Majah


Pertanyaan, konsultasi dan temujanji berbekam di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath USJ Subang Jaya boleh menghubungi:

Najamuddin Mohd Nor ♥ sms/whatsApp: 019-224 9556

Ahmad Kusyairi ♥ sms/whatsApp: 016-229 6067

Kursus Bekam Sunnah di USJ Subang Jaya

Assalamualaikum semua. 

Pusat Terapi Bekam Sunnah Al-Fath melangkah setapak lagi. Atas permintaan ramai pihak kami akhirnya bersetuju untuk mengadakan Kursus Bekam Sunnah.

Kursus Bekam Sunnah akan diadakan pada 6 Oktober 2013 (Ahad) dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari. Kursus akan di adakan di:

Pusat Terapi Bekam Sunnah Al-Fath 
No 49A Jalan Tiara, Tiara Square,
UEP USJ, Subang Jaya.

Bayaran kursus ini adalah RM300 seorang. Peserta digalakkan membawa seorang lagi pasangan untuk memudahkan seisi praktikal bekam dilakukan. Peserta akan didedahkan teori dan praktikal bekam dilakukan.

Peserta akan menerima:

  • 2 set bekam
  • Pen Lencet
  • Buku Bekam
  • Minyak Zaitun
  • Alcohol Swap



Kursus Bekam Sunnah ini bertujuan

  • Melahirkan jurubekam bertauliah bagi memenuhi permintaan perkhidmatan bekam di seluruh negara.
  • Menghidupkan sunnah Nabi SAW yang kian dipinggirkan
  • Mewujudkan peluang pekerjaan dan sekaligus meningkat taraf ekonomi umat Islam.
  • Sijil penyertaan akan diberikan

Syarat: 
  • Terbuka kepada lelaki sahaja berumur 18 tahun ke atas. 
  • Tidak mabuk darah.



Pertanyaan dan pendaftaran kursus bekam sunnah di Pusat Terapi Bekam Sunnah Al-Fath USJ Subang Jaya boleh menghubungi:

Najamuddin Mohd Nor ♥ sms/whatsApp: 019-224 9556
Ahmad Kusyairi ♥ sms/whatsApp: 016-229 6067

Bekam Moden Tidak Menyakitkan

Jangan gentar untuk berbekam

Ramai yang tidak tahu bagaimanakah rupa bentuk darah kotor yang di buang melalui kaedah bekam darah. Di sini saya paparkan beberapa contoh rupa bentuk darah kotor tersebut. Darah kotor inilah yang mengandungi toksin/racun yang tidak di perlukan dalam sistem tubuh kita sebenarnya. Jika di biarkan ia akan mengundang pelbagai jenis penyakit masa kini seperti migrain, darah tinggi, kencing manis, senggugut, resdung dan banyak lagi. Kebanyakan pesakit akan merasa lebih ringan dan segar selepas menjalani proses bekam tadi. 

Bekam Moden Tidak Menyakitkan


Ramai yang takut berbekam kerana takut sakit. Jawapannya bekam moden yang diguna pakai sekarang tidak menyakitkan langsung, kerana tiada lagi torehan menggunakan pisau bedah atau pisau gillete. Kaedah yang saya gunakan sekarang adalah tusukan jarum halus yang di reka khas untuk rawatan bekam. Anda cuma rasa seperti di gigit semut sahaja. Dan semasa darah itu keluar pun anda tidak merasakan apa-apa yang berlaku. Oleh itu janganlah takut berbekam, kerana ia juga sunnah Nabi SAW untuk umatnya dalam menjaga kesihatan.

Bekam Moden Tidak Menyakitkan


Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."

Adapun faedah bekam di antaranya ialah membersihkan kulit tubuh secara lebih baik daripada mencuci darah. Cuci darah mungkin lebih baik untuk membersihkan bahagian tubuh yang lebih dalam. Bekam juga mengeluarkan darah kotor dari sekitar bawah kulit. Bekam pada bahagian bahu sangat berfaedah bagi mengubati penyakit bahu dan leher.


Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."


Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.


Bekam Moden Tidak Menyakitkan


Penulis al-Qanun mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan agar kita menggunakan bekam bukan di awal bulan, kerana komposisi unsur-unsur darah belum bergelojak pada ketika itu, juga bukan pada akhir bulan, kerana pergolakan darah sudah berhenti tetapi yang paling afdal adalah pertengahan bulan, ketika komposisi unsur-unsur darah dan frekuensinya meningkat tajam kerana cahaya bulan yang juga memuncak frekuensinya.
Pemilihan waktu-waktu tersebut untuk melakukan pembekaman hanyalah sebagai tindakan berjaga-jaga sahaja,untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan bahaya. Adapun begitu dalam soal rawatan pembekaman boleh dilakukan bila-bila masa mengikut keperluan dan kepentingan.


Pertanyaan, konsultasi dan temujanji berbekam di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath USJ Subang Jaya boleh menghubungi:

Najamuddin Mohd Nor ♥ sms/whatsApp: 019-224 9556
Ahmad Kusyairi ♥ sms/whatsApp: 016-229 6067

Bagaimana Bekam Sunnah dilakukan?

Keistimewaan Terapi Bekam Sunnah Al-Fath USJ Subang Jaya

Bekam Sunnah (bekam darah) dimulakan dengan jurubekam mengenal pasti titik-titik bekam pada tubuh pesakit, berdasarkan keperluan - untuk mengubati sesuatu penyakit atau menjaga kesihatan. 

Bekam sunnah di usj subang jaya, putera heights, puchong, pinggiran usj, usj heights dan batu 3 shah alam


Kemudian, sedutan vakum akan dilakukan dengan menggunakan pam vakum dan cawan (cup) bekam pada titik-titik ini; menyebabkan darah kotor naik ke lapisan bawah kulit. Tusukan jarum (lancet) dilakukan di kawasan permukaan kulit yang telah disedut. Seterusnya, pam vakum dan cawan bekam akan digunakan sekali lagi untuk menyedut darah kotor keluar ke permukaan kulit.

Pengetahuan dan kemahiran mengenalpasti titik-titik bekam ini sangatlah penting bagi memastikan pesakit mencapai objektif kesihatan yang diharapkan

Adakah tusukan jarum menyakitkan?

pen bekam yang tidak menyakitkan

Tidak. Tusukan jarum dilakukan dengan menggunakan pen bekam yang menusuk sangat laju menyebabkan kesakitan tidak berapa dirasai oleh pesakit. Boleh dikatakan kesakitan digigit kerengga lagi sakit daripada terkena tusukan jarum pen bekam

Adakah selamat melakukan Bekam Sunnah?

Ya, sangat selamat, InsyAllah. Ini adalah kerana Jurubekam di terapi bekam sunnah Al-Fath mempunyai 'standard of procedur' tersendiri bagi menentukan tahap kebersihan berada pada piawaian yang tinggi.

Kami mempraktikkan prosedur kebersihan klinikal melalui penggunaan jarum pakai buang, teknik mencuci yang betul, antiseptik, sarung tangan, apron, tuala, serta pakaian bersih; termasuk segala peralatan bekam yang telah dinyah kuman.

cawan bekam disteril oleh sinaran lampu UV selama 15 minit

Cawan bekam dan Pen Bekam adalah dari yang berkualiti tinggi yang akan dibasuh dengan alkohol pencuci sebelum disteril dengan sinaran lampu UV selama 15 minit. Untuk info sinaran lampu UV akan mematikan kuman dan bakteria sehingga 99.99%.

Ayatul Quran serta doa-doa Mustajab juga akan dibacakan oleh jurubekam sebelum dan sewaktu membekam pesakit.

Apakah kelebihan melakukan Bekam Sunnah di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath? 
  • Jurubekam di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath merupakam seorang Jurubekam bertauliah dan berpengalaman. 
  • Terapi Bekam Sunnah Al-Fath mempraktikkan prosedur kebersihan klinikal bagi memastikan kebersihan pada tahap maksima demi keselamatan dan kesihatan pesakit.
  • Suasana kondusif dengan gabungan terapi audio dan terapi aroma dapat menambah keselesaan dan ketenangan kepada Pesakit.
Pertanyaan, konsultasi dan temujanji berbekam di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath USJ Subang Jaya boleh menghubungi:

Najamuddin Mohd Nor ♥ sms/whatsApp: 019-224 9556
Ahmad Kusyairi ♥ sms/whatsApp: 016-229 6067

Kebaikan dan Faedah Bekam

Seronoknya berbekam

Setiap insan pasti ingin menikmati kehidupan yang sihat. Ramai yang ingin sihat dan cantik. Lantaran itu pelbagai kaedah diikhtiarkan untuk mencapai kesihatan yang optimum. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Antara perubatan alternatif popular yang mendapat sambutan sekarang adalah terapi bekam. Apakah kebaikan dan faedah berbekam ini? Kepada sesiapa yang tidak biasa berbekam pasti banyak persoalan bermain di minda. Selamatkah berbekam?

 Pusat Terapi Bekam Al-Fath USJ

Jom kita baca kebaikan dan faedah bekam ini di bawah:

Menyahut seruan sunnah Rasulullah SAW
Mendapat pahala & kebaikan melakukannya. 

Mengeluarkan darah kotor, darah beku, darah berpenyakit
Darah kotor mesti dikeluarkan agar tidak menjadi makanan jin & syaitan.
Tidak memberi peluang kepada makhluk halus menjadikan tubuh anak Adam sebagai tempat tinggal mereka

Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah
Untuk menyembuhkan penyakit kencing manis (diabetis).

Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah 
Untuk menyembuhkan penyakit gout

Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah
Untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan & masalah jerawat

Mengeluarkan kolestrol yang tidak diperlukan di dalam darah
Untuk membuang kolestrol.

Meringankan otot-otot yang tegang
Untuk menyembuhkan sakit-sakit badan/ketegangan otot/lenguh-lenguh sendi

Merawat & menyembuhkan masalah stress
Melegakan (tekanan)/anxiety (kegelisahan) yang berpanjangan.

Mengeluarkan angin kotor (gas patogen panas & lembap) di dalam badan
Menyembuhkan masalah angin di dalam badan

Melancarkan peredaran darah di dalam sistem badan
Melancarkan tenaga dalaman badan agar seimbang

Sebagai awet muda
Apabila darah kotor di dalam badan berkurangan, darah segar (darah baru ) mengalir lancar dlm badan,  menghantar oksigen ke sel- sel badan dengan lebih efisien

Menyembuhkan sakit kepala / pening kepala / migrain
Merawat  masalah mata rabun. Menyegarkan badan, menyihatkan badan & mencergaskan minda

Merawat & menyembuhkan
penyakit hati, batu karang, batu hempedu, sakit kerongkong (pharyngitis), strok (angin ahmar), asma (lelah), sakit jantung (angina pectoralis/pectoris), vertigo (keadaan di mana terjadi rasa pening2 kepala yang amat sgt. Berasa mual2 & muntah, terhuyung-hayang ketika berjalan /berdiri), dll.

Jelas terbukti banyak kebaikan dan faedah berbekam ini. 
Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :.

الشِّفَاءُ فِى ثَلَاثَةٍ : شَرْبَةِ عَسَلٍ, وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ, وَكَيَّةِ نَارٍ, وَإِنِّي أَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الْكَيِّ

Maksudnya : ” Kesembuhan itu terdapat pada tiga perkara iaitu minum madu, sayatan alat bekam, dan kay dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari kay.”
[Sahih al-Bukhari, At-Thibb, Juz 1, hal 5680]


Kepakaran Pusat Terapi Bekam Al-Fath ialah membantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan kesihatan yang sempurna dengan menyingkirkan racun dan angin berlebihan di dalam badan menggunakan kaedah bekam agar dapat hidup 100 tahun lagi

Pertanyaan, konsultasi dan temujanji bekam boleh hubungi saya di:

Najamuddin Mohd Nor
♥ sms/whatsApp: 019-224 9556


Fadhilat Berbekam dan Sunnah Rasulullah

Berbekam itu Sunnah Rasulullah


Besar fadhilat berbekam. Kalau tidak masakan perkara itu dipesankan Allah melalui Jibril semasa peristiwa besar Isra' dan Mikraj. Bekam dan juru bekam merupakan penyumbang penting dalam kelansungan risalah Rasulullah dalam peristiwa perang Khaibar.

Ramai yang tidak tahu fadhilat berbekam dan sunnah Rasulullah. Yang kita tahu berbekam ni akan mengeluarkan darah kotor dan berkumpul pada cup. Mungkin ramai yang tidak tahu berbekam ini sunnah Rasulullah. Riwayat Ibnu Majah, Rasulullah s.a.w bersabda :
  
"Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra'kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam".



Berbekam itu sunnah
Berbekam itu sunnah
Jom amalkan sunnah Rasulullah. Pertanyaan, konsultasi dan temujanji berbekam boleh hubungi saya di:

Najamuddin Mohd Nor
♥ sms/whatsApp: 019-2249556
♥ Emel : najaznoor@gmail.com atau bekamalfath@gmail.com