Pages

Bagaimana Bekam Sunnah dilakukan?

Keistimewaan Terapi Bekam Sunnah Al-Fath USJ Subang Jaya

Bekam Sunnah (bekam darah) dimulakan dengan jurubekam mengenal pasti titik-titik bekam pada tubuh pesakit, berdasarkan keperluan - untuk mengubati sesuatu penyakit atau menjaga kesihatan. 

Bekam sunnah di usj subang jaya, putera heights, puchong, pinggiran usj, usj heights dan batu 3 shah alam


Kemudian, sedutan vakum akan dilakukan dengan menggunakan pam vakum dan cawan (cup) bekam pada titik-titik ini; menyebabkan darah kotor naik ke lapisan bawah kulit. Tusukan jarum (lancet) dilakukan di kawasan permukaan kulit yang telah disedut. Seterusnya, pam vakum dan cawan bekam akan digunakan sekali lagi untuk menyedut darah kotor keluar ke permukaan kulit.

Pengetahuan dan kemahiran mengenalpasti titik-titik bekam ini sangatlah penting bagi memastikan pesakit mencapai objektif kesihatan yang diharapkan

Adakah tusukan jarum menyakitkan?

pen bekam yang tidak menyakitkan

Tidak. Tusukan jarum dilakukan dengan menggunakan pen bekam yang menusuk sangat laju menyebabkan kesakitan tidak berapa dirasai oleh pesakit. Boleh dikatakan kesakitan digigit kerengga lagi sakit daripada terkena tusukan jarum pen bekam

Adakah selamat melakukan Bekam Sunnah?

Ya, sangat selamat, InsyAllah. Ini adalah kerana Jurubekam di terapi bekam sunnah Al-Fath mempunyai 'standard of procedur' tersendiri bagi menentukan tahap kebersihan berada pada piawaian yang tinggi.

Kami mempraktikkan prosedur kebersihan klinikal melalui penggunaan jarum pakai buang, teknik mencuci yang betul, antiseptik, sarung tangan, apron, tuala, serta pakaian bersih; termasuk segala peralatan bekam yang telah dinyah kuman.

cawan bekam disteril oleh sinaran lampu UV selama 15 minit

Cawan bekam dan Pen Bekam adalah dari yang berkualiti tinggi yang akan dibasuh dengan alkohol pencuci sebelum disteril dengan sinaran lampu UV selama 15 minit. Untuk info sinaran lampu UV akan mematikan kuman dan bakteria sehingga 99.99%.

Ayatul Quran serta doa-doa Mustajab juga akan dibacakan oleh jurubekam sebelum dan sewaktu membekam pesakit.

Apakah kelebihan melakukan Bekam Sunnah di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath? 
  • Jurubekam di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath merupakam seorang Jurubekam bertauliah dan berpengalaman. 
  • Terapi Bekam Sunnah Al-Fath mempraktikkan prosedur kebersihan klinikal bagi memastikan kebersihan pada tahap maksima demi keselamatan dan kesihatan pesakit.
  • Suasana kondusif dengan gabungan terapi audio dan terapi aroma dapat menambah keselesaan dan ketenangan kepada Pesakit.
Pertanyaan, konsultasi dan temujanji berbekam di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath USJ Subang Jaya boleh menghubungi:

Najamuddin Mohd Nor ♥ sms/whatsApp: 019-224 9556
Ahmad Kusyairi ♥ sms/whatsApp: 016-229 6067

Kebaikan dan Faedah Bekam

Seronoknya berbekam

Setiap insan pasti ingin menikmati kehidupan yang sihat. Ramai yang ingin sihat dan cantik. Lantaran itu pelbagai kaedah diikhtiarkan untuk mencapai kesihatan yang optimum. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Antara perubatan alternatif popular yang mendapat sambutan sekarang adalah terapi bekam. Apakah kebaikan dan faedah berbekam ini? Kepada sesiapa yang tidak biasa berbekam pasti banyak persoalan bermain di minda. Selamatkah berbekam?

 Pusat Terapi Bekam Al-Fath USJ

Jom kita baca kebaikan dan faedah bekam ini di bawah:

Menyahut seruan sunnah Rasulullah SAW
Mendapat pahala & kebaikan melakukannya. 

Mengeluarkan darah kotor, darah beku, darah berpenyakit
Darah kotor mesti dikeluarkan agar tidak menjadi makanan jin & syaitan.
Tidak memberi peluang kepada makhluk halus menjadikan tubuh anak Adam sebagai tempat tinggal mereka

Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah
Untuk menyembuhkan penyakit kencing manis (diabetis).

Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah 
Untuk menyembuhkan penyakit gout

Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah
Untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan & masalah jerawat

Mengeluarkan kolestrol yang tidak diperlukan di dalam darah
Untuk membuang kolestrol.

Meringankan otot-otot yang tegang
Untuk menyembuhkan sakit-sakit badan/ketegangan otot/lenguh-lenguh sendi

Merawat & menyembuhkan masalah stress
Melegakan (tekanan)/anxiety (kegelisahan) yang berpanjangan.

Mengeluarkan angin kotor (gas patogen panas & lembap) di dalam badan
Menyembuhkan masalah angin di dalam badan

Melancarkan peredaran darah di dalam sistem badan
Melancarkan tenaga dalaman badan agar seimbang

Sebagai awet muda
Apabila darah kotor di dalam badan berkurangan, darah segar (darah baru ) mengalir lancar dlm badan,  menghantar oksigen ke sel- sel badan dengan lebih efisien

Menyembuhkan sakit kepala / pening kepala / migrain
Merawat  masalah mata rabun. Menyegarkan badan, menyihatkan badan & mencergaskan minda

Merawat & menyembuhkan
penyakit hati, batu karang, batu hempedu, sakit kerongkong (pharyngitis), strok (angin ahmar), asma (lelah), sakit jantung (angina pectoralis/pectoris), vertigo (keadaan di mana terjadi rasa pening2 kepala yang amat sgt. Berasa mual2 & muntah, terhuyung-hayang ketika berjalan /berdiri), dll.

Jelas terbukti banyak kebaikan dan faedah berbekam ini. 
Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :.

الشِّفَاءُ فِى ثَلَاثَةٍ : شَرْبَةِ عَسَلٍ, وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ, وَكَيَّةِ نَارٍ, وَإِنِّي أَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الْكَيِّ

Maksudnya : ” Kesembuhan itu terdapat pada tiga perkara iaitu minum madu, sayatan alat bekam, dan kay dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari kay.”
[Sahih al-Bukhari, At-Thibb, Juz 1, hal 5680]


Kepakaran Pusat Terapi Bekam Al-Fath ialah membantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan kesihatan yang sempurna dengan menyingkirkan racun dan angin berlebihan di dalam badan menggunakan kaedah bekam agar dapat hidup 100 tahun lagi

Pertanyaan, konsultasi dan temujanji bekam boleh hubungi saya di:

Najamuddin Mohd Nor
♥ sms/whatsApp: 019-224 9556


Fadhilat Berbekam dan Sunnah Rasulullah

Berbekam itu Sunnah Rasulullah


Besar fadhilat berbekam. Kalau tidak masakan perkara itu dipesankan Allah melalui Jibril semasa peristiwa besar Isra' dan Mikraj. Bekam dan juru bekam merupakan penyumbang penting dalam kelansungan risalah Rasulullah dalam peristiwa perang Khaibar.

Ramai yang tidak tahu fadhilat berbekam dan sunnah Rasulullah. Yang kita tahu berbekam ni akan mengeluarkan darah kotor dan berkumpul pada cup. Mungkin ramai yang tidak tahu berbekam ini sunnah Rasulullah. Riwayat Ibnu Majah, Rasulullah s.a.w bersabda :
  
"Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra'kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam".



Berbekam itu sunnah
Berbekam itu sunnah
Jom amalkan sunnah Rasulullah. Pertanyaan, konsultasi dan temujanji berbekam boleh hubungi saya di:

Najamuddin Mohd Nor
♥ sms/whatsApp: 019-2249556
♥ Emel : najaznoor@gmail.com atau bekamalfath@gmail.com