Pages

Bagaimana Bekam Sunnah dilakukan?

Keistimewaan Terapi Bekam Sunnah Al-Fath USJ Subang Jaya

Bekam Sunnah (bekam darah) dimulakan dengan jurubekam mengenal pasti titik-titik bekam pada tubuh pesakit, berdasarkan keperluan - untuk mengubati sesuatu penyakit atau menjaga kesihatan. 

Bekam sunnah di usj subang jaya, putera heights, puchong, pinggiran usj, usj heights dan batu 3 shah alam


Kemudian, sedutan vakum akan dilakukan dengan menggunakan pam vakum dan cawan (cup) bekam pada titik-titik ini; menyebabkan darah kotor naik ke lapisan bawah kulit. Tusukan jarum (lancet) dilakukan di kawasan permukaan kulit yang telah disedut. Seterusnya, pam vakum dan cawan bekam akan digunakan sekali lagi untuk menyedut darah kotor keluar ke permukaan kulit.

Pengetahuan dan kemahiran mengenalpasti titik-titik bekam ini sangatlah penting bagi memastikan pesakit mencapai objektif kesihatan yang diharapkan

Adakah tusukan jarum menyakitkan?

pen bekam yang tidak menyakitkan

Tidak. Tusukan jarum dilakukan dengan menggunakan pen bekam yang menusuk sangat laju menyebabkan kesakitan tidak berapa dirasai oleh pesakit. Boleh dikatakan kesakitan digigit kerengga lagi sakit daripada terkena tusukan jarum pen bekam

Adakah selamat melakukan Bekam Sunnah?

Ya, sangat selamat, InsyAllah. Ini adalah kerana Jurubekam di terapi bekam sunnah Al-Fath mempunyai 'standard of procedur' tersendiri bagi menentukan tahap kebersihan berada pada piawaian yang tinggi.

Kami mempraktikkan prosedur kebersihan klinikal melalui penggunaan jarum pakai buang, teknik mencuci yang betul, antiseptik, sarung tangan, apron, tuala, serta pakaian bersih; termasuk segala peralatan bekam yang telah dinyah kuman.

cawan bekam disteril oleh sinaran lampu UV selama 15 minit

Cawan bekam dan Pen Bekam adalah dari yang berkualiti tinggi yang akan dibasuh dengan alkohol pencuci sebelum disteril dengan sinaran lampu UV selama 15 minit. Untuk info sinaran lampu UV akan mematikan kuman dan bakteria sehingga 99.99%.

Ayatul Quran serta doa-doa Mustajab juga akan dibacakan oleh jurubekam sebelum dan sewaktu membekam pesakit.

Apakah kelebihan melakukan Bekam Sunnah di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath? 
  • Jurubekam di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath merupakam seorang Jurubekam bertauliah dan berpengalaman. 
  • Terapi Bekam Sunnah Al-Fath mempraktikkan prosedur kebersihan klinikal bagi memastikan kebersihan pada tahap maksima demi keselamatan dan kesihatan pesakit.
  • Suasana kondusif dengan gabungan terapi audio dan terapi aroma dapat menambah keselesaan dan ketenangan kepada Pesakit.
Pertanyaan, konsultasi dan temujanji berbekam di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath USJ Subang Jaya boleh menghubungi:

Najamuddin Mohd Nor ♥ sms/whatsApp: 019-224 9556
Ahmad Kusyairi ♥ sms/whatsApp: 016-229 6067

No comments:

Post a Comment