Pages

Bekam Moden Tidak Menyakitkan

Jangan gentar untuk berbekam

Ramai yang tidak tahu bagaimanakah rupa bentuk darah kotor yang di buang melalui kaedah bekam darah. Di sini saya paparkan beberapa contoh rupa bentuk darah kotor tersebut. Darah kotor inilah yang mengandungi toksin/racun yang tidak di perlukan dalam sistem tubuh kita sebenarnya. Jika di biarkan ia akan mengundang pelbagai jenis penyakit masa kini seperti migrain, darah tinggi, kencing manis, senggugut, resdung dan banyak lagi. Kebanyakan pesakit akan merasa lebih ringan dan segar selepas menjalani proses bekam tadi. 

Bekam Moden Tidak Menyakitkan


Ramai yang takut berbekam kerana takut sakit. Jawapannya bekam moden yang diguna pakai sekarang tidak menyakitkan langsung, kerana tiada lagi torehan menggunakan pisau bedah atau pisau gillete. Kaedah yang saya gunakan sekarang adalah tusukan jarum halus yang di reka khas untuk rawatan bekam. Anda cuma rasa seperti di gigit semut sahaja. Dan semasa darah itu keluar pun anda tidak merasakan apa-apa yang berlaku. Oleh itu janganlah takut berbekam, kerana ia juga sunnah Nabi SAW untuk umatnya dalam menjaga kesihatan.

Bekam Moden Tidak Menyakitkan


Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."

Adapun faedah bekam di antaranya ialah membersihkan kulit tubuh secara lebih baik daripada mencuci darah. Cuci darah mungkin lebih baik untuk membersihkan bahagian tubuh yang lebih dalam. Bekam juga mengeluarkan darah kotor dari sekitar bawah kulit. Bekam pada bahagian bahu sangat berfaedah bagi mengubati penyakit bahu dan leher.


Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."


Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.


Bekam Moden Tidak Menyakitkan


Penulis al-Qanun mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan agar kita menggunakan bekam bukan di awal bulan, kerana komposisi unsur-unsur darah belum bergelojak pada ketika itu, juga bukan pada akhir bulan, kerana pergolakan darah sudah berhenti tetapi yang paling afdal adalah pertengahan bulan, ketika komposisi unsur-unsur darah dan frekuensinya meningkat tajam kerana cahaya bulan yang juga memuncak frekuensinya.
Pemilihan waktu-waktu tersebut untuk melakukan pembekaman hanyalah sebagai tindakan berjaga-jaga sahaja,untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan bahaya. Adapun begitu dalam soal rawatan pembekaman boleh dilakukan bila-bila masa mengikut keperluan dan kepentingan.


Pertanyaan, konsultasi dan temujanji berbekam di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath USJ Subang Jaya boleh menghubungi:

Najamuddin Mohd Nor ♥ sms/whatsApp: 019-224 9556
Ahmad Kusyairi ♥ sms/whatsApp: 016-229 6067

No comments:

Post a Comment