Pages

9 Soalan Lazim berkaitan rawatan bekam

Berbekam Cara Moden Lebih Selamat

Bagi yang tidak pernah berbekam sunnah pelbagai perasaan bersarang di minda. Rasa gentar mula menjelma. Jangan bimbang dan risau. Zaman sudah berubah. Kini dengan berbekam cara moden kita boleh berbekam sunnah dengan selesa dan selamat.

Kebaikan berbekam sunnah


Mungkin 9 soalan lazim berkaitan rawatan bekam ini mampu membantu anda.

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Jawapan: Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah ujian darah untuk pesakit ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Jawapan: Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang, iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru. Semua alatan bekam kami akan melaui proses STERIL selama 15min menggunakan UV STERILIZERS sebelum proses berbekam dijalankan.

3) Apakah tarikh yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Jawapan: Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17,19 dan 21hb kalendar islam dan sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah?
Jawapan: Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?
Jawapan: Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Jawapan: Kaedah bekam darah / al hijamah.

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Jawapan: Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam 3-4 bulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam sebulan sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut.


bekam moden lebih selamat dan bersih
Peralatan bekam di uv bagi membasmi kuman dan bakteria

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Jawapan: Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam untuk 1 jam berikutnya.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Jawapan: Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam. 


Pertanyaan, konsultasi dan temujanji berbekam di Terapi Bekam Sunnah Al-Fath USJ Subang Jaya boleh menghubungi:

Najamuddin Mohd Nor ♥ sms/whatsApp: 019-224 9556
Ahmad Kusyairi ♥ sms/whatsApp: 016-229 6067

No comments:

Post a Comment